Tuesday, September 21, 2010

Lagenda Budak Setan


Mase zaman sekolah dulu aku pernah baca novel ni.. tp da lupa da jalan cerita dia macam mana..
Almaklumlah, usia pon da semakin meningkat...

So, mase cite ni kua kt wayang, aku la org yg paling excited skali sbb aku tertengok LAGENDA BUDAK SETAN disini..

Lagu OST dia sangat mantap dan boleh membuatkan aku meleler air mata...

Kt sini ada sedikit info hasil adaptasi daripada novel karya Ahadiat Akashah..



Title : Lagenda Budak Setan 2010
Duration : 1 Jam 40++ minit
Type : Romantic ‘Comedy’ =.=
My Rate : 3/5 stars


Pelakon 1 – Seperti biasa, walaupun kurus tapi tetap menawan. Dia memainkan watak sebagai Ayu dengan penuh emosi. Sangat comel. Walaupun dia nampak sebagai pelakon utama, sebenarnya scene dia dalan Lagenda Budak Setan tak banyak pun disebabkan jalan ceritanya.




Pelakon 2 – aku taktau la kenapa, dalam i’m not single gua boleh layan lagi Farid Kamil punya style. Tapidalam Lagenda Budak Setan, dia macam kurang ‘kick’ sket. Maybe gaya dia yang terlebih bersahaja tu terus mem-spoilkan watak dia sendiri, terutamanya part bini dia nak bersalin. Lebih lanjut sila beli DVD original LBS yang telah dipasarkan dipasaran, hehe. Tapi dia tetap berjaya membawa watak Kasyah, lelaki yang digelar setan di kolej dan sentiasa berlagak cool di depan kawan kawan.
Pelakon 3 – Que Haidar yang membawakan watak sebagai Azmi, seorang lelaki urban berbaju kemeja sepanjang masa, kaki perempuan, panas baran, kaki botol dan ‘kaki netek’. Sangat ringan tangan terhadap Ayu, bekas kekasihnya. Dan Azmi dalam cerita Lagenda Budak Setan sangat menarik perhatian, kerana lakonan dia tu betul betul nampak timbul. Pendek kata, lakonan dia menjadi;)
Pelakon 4 – Pelakon baru yang bernama Shiqin Kamal. Kalau aku review lebih lebih pasal minah ni nanti boleh kasi spoil satu cerita plak. Sebab minah ni adalah key cerita ni masa klimax nanti. Dia membawa watak sebagai Emilia. Apapun, scene minah ni banyak sangan kantoi. Ada satu part tu dia sebut ‘marah’ ada nada slang utara sket, macam pelat huruf ‘R’. Time tu babak sedih serius, satu panggung boleh gelak kaw kaw punya. Dubbing kantoi, malas record balik ke ape? Nampak kan macam mana pelakon ni dah kasi spoil mood cerita secara keseluruhan? :down:
Pelakon 5 – Fazura yang membawakan watak sebagai Kate, bos kepada syarikat yang Kasyah mintak kerja selepas syarikat Emilia lingkup. Sekalung tahniah kepada Fazura, walaupun aku tak berapa suka dia tapi lakonan dia pada tahap terbaik. Nampak bersahaja, sesuai dengan watak bos yang ada hati kat pekerja sendiri. Scene Kate ni tak banyak pon, hanya muncul selepas klimax. Berjayakah Kate menambat hati Kasyah? pergi tengok sendiri.
Pada pengakhiran cerita Lagenda Budak Setan, dikatakan akan ada sambungan terhadap cerita Lagenda Budak Setan. Berdasarkan novel Ahadiat Akashah, novel Lagenda Budak Setan mempunyai 2 lagi sambungan iaitu
Katerina‘ dan ‘Kasyah : Lagenda Berakhir‘. So berkemungkinan besar juga cerita Lagenda Budak Setan akan ada lagi 2 sambungan.
p/s : tapi cerita ni tetap x sehebat macam dalam novel dia.. kalau x silap aku cerita ni da ade drama nya sendiri yang ditayangkan dia astro prima..(astro prima kot..lupe plak..tp kt astro) ....



No comments:

Post a Comment